Abu Hurairah
Abu Hurairah r.a. dilahirkan 19
tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidaklah
diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyur adalah Abd Syams. Nama
Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di
Yaman. Abu Hurairah r.a. memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah
S.A.W. berangkat menuju ke Khaibar.
Ketika itu ibunya masih belum menerima Islam malah menghina Nabi. Abu Hurairah
r.a. lalu bertemu Rasulullah S.A.W. dan meminta baginda berdoa agar ibunya
masuk Islam. Kemudian Abu Hurairah r.a. menemui ibunya kembali, mengajaknya
masuk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat
syahadat.
Apabila pulang dari Perang Khaibar,
Rasulullah S.A.W. memperluaskan Masjid Nabawi ke arah barat dengan menambah
ruang sebanyak tiga tiang lagi. Abu Hurairah r.a. turut terlibat dalam
pengubahsuaian ini. Ketika dilihatnya Rasulullah S.A.W. turut mengangkat batu,
ia meminta agar beliau menyerahkan batu itu kepadanya. Rasulullah S.A.W.
menolak seraya bersabda, "Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan kehidupan
akhirat."
Abu Hurairah r.a. pernah tersilap
menimbang makanan yang lazat sehinggakan dia dikenakan hukuman dipukul oleh
Rasulullah S.A.W. Bagaimanapun Abu
Hurairah r.a. gembira "Karena Nabi menjanjikan akan memberi syafaat kepada
orang yang pernah merasa disakitinya secara sengaja atau tidak," katanya.
Begitu cintanya kepada Rasulullah
S.A.W. sehingga siapa pun yang dicintai, ia ikut mencintainya. Misalnya,ia suka
mencium Hasan dan Husain, karena melihat Rasulullah S.A.W.mencium kedua cucunya
itu.
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah
karena kegemarannya bermain dengan anak kuching. Diceritakan pada suatu masa ketika
Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam
lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan
bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak
itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a..
Abu Hurairah r.a. berpindah ke
Madinah untuk mengadu nasib. Di sana ia bekerja menjadi buruh kasar bagi siapa
yang memerlukannya Sering kali dia mengikatkan batu ke perutnya, karena menahan
lapar yang amat sangat. Malah diceritakan bahwa dia pernah berbaring
berhampiran mimbar masjid sehinggakan orang menyangka dia kurang waras. Apabila
Rasullullah S.A.W. mendengarkan perkara
tersebut, baginda menemui Abu Hurairah r.a. yang menjelaskan bahwa dia berbuat sedemikian
karena lapar, lalu Rasullullah S.A.W. pun segera memberinya makanan.
Abu Hurairah r.a. adalah sahabat
yang sangat dekat dengan Nabi S.A.W. Ia dikenal sebagai salah seorang ahli
shuffah, yaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di
laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi S.A.W., sehingga baginda selalu
menyuruh Abu Hurairah r.a. untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan
yang hendak dibagikan.
Pernah pula pada suatu masa, dia
duduk di pinggir jalan tempat orang biasanya berlalu lalang sambil mengikatkan
batu ke perutnya. Dilihatnya Abu Bakar r.a melintas. Lalu dia minta dibacakan
satu ayat Al-Quran. "Aku bertanya begitu supaya dia mengajakku ikut,
memberiku pekerjaan," tutur Abu Hurairah r.a.. Tapi Abu Bakar r.a. cuma
membacakan ayat, lantas berlalu.
Dilihatnya Umar ibn Khattab r.a..
"Tolong ajari aku ayat Al-Quran," kata Abu Hurairah r.a.. Ternyata
dia kecewa sekali lagi karena Umar r.a.melakukan hal yang sama.
Tak lama kemudian Rasullullah
S.A.W. pula yang berlalu. Nabi
tersenyum. "Beliau tahu apa isi hati saya. Beliau boleh membaca raut muka
saya dengan tepat," tutur Abu Hurairah r.a..
"Ya Aba Hurairah!"
panggil Nabi.
"Labbaik, ya Rasulullah!"
"Ikutlah aku!"
Beliau mengajak Abu Hurairah r.a.
ke rumahnya. Di dalam rumah didapati semangkok susu. "Dari mana datangnya
susu ini?" tanya Rasulullah S.A.W.. Beliau diberitahu bahwa seseorang
telah memberikan susu itu.
"Ya Aba Hurairah!"
"Labbaik, Ya Rasulullah!"
"Tolong panggilkan ahli
shuffah," kata Rasullullah S.A.W.
Susu tadi lalu dibagikan kepada ahli shuffah, termasuk Abu Hurairah
r.a.. Sejak itulah, Abu Hurairah r.a. mengabdi kepada Rasullullah S.A.W. ,
bergabung dengan ahli shuffah di pondok masjid.
Abu Hurairah r.a. berjaya
meriwayatkan banyak hadis disebabkan beliau sentiasa berdamping dengan
Rasulullah selama 3 tahun, selepas memeluk Islam. Ini sebagaimana yang di
riwayatkan olehnya
:-Terjemahannya :-
... sesungguhnya saudara kami
daripada golongan Muhajirin sibuk dengan urusan mereka di pasar dan orang-orang
Ansar pula sibuk bekerja di ladang mereka sementara aku seorang yang miskin
sentiasa bersama Rasulullah S.A.W. 'Ala Mil'i Batni. Aku hadir di majlis yang
mereka tidak hadir dan aku hafaz pada masa mereka lupa.
(Al-Bukhari)
Pada mulanya Abu Hurairah r.a.
mempunyai ingatan yang lemah lalu beliau mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah
lalu mendoakan agar Abu Hurairah r.a. diberkati dengan daya ingatan yang kuat
lalu semenjak hari itu Abu Hurairah dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat
yang membolehkan beliau meriwayatkan jumlah hadis terbanyak di kalangan para
sahabat.
Kisah Abu Hurairah
mengawal gudang zakat
Dikatakan pada satu ketika Abu
Hurairah r.a. telah diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjaga gudang
hasil zakat. Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. telah ternampak seseorang
mengendap-gendap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak
dibawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani
seraya menyatakan bahwa dia mencuri untuk menyarai keluarganya yang kelaparan.
Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu
melepaskan pencuri itu dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.
Keesokkan harinya perkara tersebut
dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W. tersenyum lalu bersabda bahwa pencuri itu pasti akan
kembali.
Ternyata keesokkan malamnya pencuri itu
datang lagi. Sekali lagi Abu Hurairah r.a. menangkap pencuri itu lalu hendak
dibawanya berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Sekali lagi, pencuri itu merayu
sehinggakan Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskannya sekali lagi.
Keesokkan harinya, dia melaporkan hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang
mengulangi sabdanya bahwa pencuri itu pasti akan kembali.
Apabila pencuri itu ditangkap
sekali lagi Abu Hurairah r.a. mengancam akan membawanya berjumpa Rasulullah
S.A.W. Pencuri itu merayu meminta dibebaskan sekali lagi lagi. Apabila Abu
Hurairah r.a. enggan melepaskannya, pencuri itu menyatakan dia akan mengajar
sesuatu yang baik sekiranya ia di bebaskan. Pencuri itu menyatakan bahwa
sekiranya seseorang itu membaca ayat Kursi sebelum tidur shaitan tidak akan
menggangguinya.
Abu Hurairah r.a. merasa tersentuh
mendengarkan ajaran pencuri itu lalu melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia
melapurkan peristiwa tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang bersabda, pencuri
yang ditemuinya itu adalah pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan kepada
Abu Hurairah r.a. itu adalah perkara yang benar. Sebenarnya pencuri itu adalah
shaitan yang dilaknat.
Walaupun Abu Hurairah r.a.
merupakan seorang yang papa pada mulanya, dia telah dipinang oleh salah seorang
majikannya yang kaya raya untuk putrinya, Bisrah binti Gazwan. Ini menunjukkan
betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari membezakan kelas kepada
menyanjung keimanan. Abu Hurairah r.a. dipandang mulia karena kealiman dan
kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada
masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran
kemuliaan.
Sejak menikah, Abu Hurairah r.a.
membagi malamnya kepada tiga bagian: untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan
keluarga, dan untuk mengulang-ulang hadis. Dia dan keluarganya tetap hidup
sederhana walaupun setelah menjadi orang berada . Abu Hurairah r.a. suka
bersedekah, menjamu tamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di Madinah untuk
pembantu-pembantunya.
Rasulullah S.A.W. pernah
mengutuskan Abu Hurairah r.a. berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah
Al-Hadrami r.a. Dia juga pernah diutus bersama Quddamah r.a. untuk mengutip
jizyah di Bahrain, sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.
Mungkin disebabkan oleh itu, Abu
Hurairah r.a. diangkat menjadi gubernur Bahrain ketika Umar r.a. menjadi Amirul
Mukminin. Tapi pada 23 Hijrah, Umar r.a. memecatnya karena Abu Hurairah r.a.
dituduh menyimpan wang yang banyak sehingga 10,000 dinar. Ketika pembicaraan,
Abu Hurairah r.a. berjaya membuktikan bahwa harta itu diperolehinya dari
berternak kuda dan pemberian orang. Khalifah Umar r.a. menerima penjelasan itu
dan memaafkannya. Lalu dia diminta menerima jabatan gubernu kembali, tapi Abu
Hurairah r.a. menolak.
Penolakan itu diiringi lima alasan.
"Aku takut berkata tanpa pengetahuan; aku takut memutuskan perkara
bertentangan dengan hukum (agama); aku tidak mahu disebat; aku tak mau harta
benda hasil pencarianku disita; dan aku takut nama baikku tercemar,"
katanya. Dia memilih untuk tinggal di Madinah, menjadi warga biasa yang
memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin sesudahnya.
Khalifah Umar ibn Khattab r.a. pula
pernah melarang Abu Hurairah r.a. menyampaikan hadis dan hanya membolehkan
menyampaikan ayat Al-Quran. Ini disebabkan tersebar khabar angin bahwa Abu
Hurairah r.a. banyak memetik hadis palsu. Larangan khalifah baru dibatalkan setelah
Abu Hurairah r.a. mengutarakan hadis mengenai bahaya hadis palsu.
Hadis itu bermakna,
"Barangsiapa yang berdusta
padaku (Nabi S.A.W.) secara sengaja, hendaklah mempersiapkan diri duduk dalam
api neraka."
Hadis ini diriwayatkan Bukhari,
Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi, dan Ahmad ibn Hanbal.
Apabila kediaman Amirul Mukminin
Ustman ibn Affan r.a. dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenali
sebagai al-fitnatul kubra (fitnah/bencana besar), Abu Hurairah r.a. bersama 700
orang Muhajirin dan Anshar tampil mengawal rumah tersebut. Meski dalam keadaan
siap untuk bertempur, Khalifah Ustman ibn Affan r.a. melarang pengikut setianya
itu memerangi kaum pemberontak.
Pada masa Amirul Mukminin Ali bin
Abi Thalib r.a. , Abu Hurairah r.a. menolak tawaran menjadi gubernur Madinah.
Ketika terjadi pertemuan antara Khalifah Ali dan lawannya, Muawiyah ibn Abi
Sufyan, ia bersikap berkecuali dan menghindari fitnah. Setelah Muawiyah berkuasa,
Abu Hurairah r.a. dilantik menjadi gubernur Madinah setelah diusul oleh Marwan
ibn Hakam. Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) ini pula ia
mengembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78
tahun. Abu Hurairah r.a. meninggalkan sebanyak 5,374 hadis.
Hadis Abu Hurairah r.a. yang
disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri
sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan
Abu Hurairah r.a. juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.
Terdapat pula golongan yang
mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis yang di sampaikan oleh Abu
Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar yang
telah membuat kritikan terhadap hadis dan para perawinya termasuk Abu Hurairah.
Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan
Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadis.
Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa
Makanatuha halaman 273-283.
Selain daripada golongan ini
terdapat juga kritikan kuat daripada golongan Syiah. Ini mungkin disebabkan Abu
Hurairah r.a. merupakan penyokong Ustman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi
pegawai dinasti Umayah. Penolakannya menyandang jawatan gubernur ketika
ditawarkan oleh Ali r.a. dan ketiadaan hadis yang berisi pujian atau
pengistimewaan kepada Ali dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain
Abu Hurairah dikritik oleh kaum Syiah.
0 komentar:
Posting Komentar